HOME ABOUT Artwork Department TWITTER

Akhlak

credit; https://radiopendidikanbu.blogspot.my/2013/04/101-hadits-nabi-muhammad-saw-tentang.html

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni, abang aku, mentor aku dalam berdakwah, masuk universiti di UiTM Dengkil. Dan hari ini aku tak datang ke sekolah sebab aku meraikan dia, anak pertama dalam keluarga, masuk universiti. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi untuk nikmat itu.

Banyak yang jadi hari ni, macam-macam ujian yang datang menimpa aku. Aku tak nak ceritakan apa yang terjadi, cuma pengajarannya, aku yakin orang dapat jadikan sebagai iktibar dan tazkirah. Berdasarkan hadith di atas, akhlak dapat menentukan hari kita macam mana, kehidupan yang bakal kita jalani. 

Sepanjang hari, dengan mood yang tak menentu, akhlak aku hari ini teruk. Jadi, aku yakin bahawa ujian yang Allah timpakan hari ini sebagai peringatan untuk aku memperbaiki akhlak aku sebagai muslimah, pendakwah,  anak, cucu dan pelajar.

Wahai saudara/saudari, jalanilah kehidupan kalian macam biasa cuma, sentiasa beringat bahawa Allah sentiasa ada memerhati dan malaikat sentiasa berjaga di bahu kanan dan kiri kita. Maka kita dapat akhlak yang mulia kerana takutkan akan larangan Allah yakni berakhlak buruk. Islam ialah sebuah agama yang berakhlak terpuji, berhemah tinggi dan yang penting sekali beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. . 

Memang susah untuk jaga akhlak, nak-nak aku yang sekolah semua perempuan, semua benda aku pakai belasah, tak kira implikasi yang mungkin berlaku. Dan aku terbiasa buat perkara tanpa berfikir yang akhirnya aku sendiri yang menyesal. Tahu, memang susah bagi orang yang dah biasa. Namun, usaha tangga kejayaan. Kita patut cuba sedaya upaya untuk upgrade akhlak kita.

Ingat! Orang yang berjihad di jalan Allah, sesungguhnya Allah meredhai orang tersebut. 
Cara-cara untuk upgrade akhlak:
1) Sentiasa ingat kematian
  •  Aku jamin, bagi mereka yang sentiasa ingat kematian, In Sha Allah setiap masa akhlak dia orang diperbaiki.
2) Sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri kita
  • Orang yang beriman sangat takut nak buat kebencian Allah. Sebab dia orang yakin, semua tingkah laku dia orang semua dalam tangan Allah. 
3) Sentiasa beristighfar
  • Ramai tak yakin sebenarnya, kalau kita bersungguh-sungguh beristighfar, memohon keampunan daripada Allah, Allah akan ampunkan dosa kita. Jadi mereka teruskan berakhlak buruk. Yakinlah! Allah Maha Mendengar, Maha Pengasihani.
4) Lemah iman.
  • Wahai pembaca, tahu tak? Tak semua orang iman sempurna, iman kuat. Termasuk aku, korang dan yang lain-lain dekat luar sana. BINA IMAN! YAKIN DENGAN ALLAH! YAKIN DENGAN KEKUASAAN-NYA. Yakin bahawa sesungguhnya, jika kita berterusan digoda nafsu dan syaitan untuk berakhlak buruk nescaya Allah sungguh benci dan murka. YAKIN DENGAN ITU.
Aku rasa, setakat ni, inilah yang paling ketara dalam kalangan masyarakat Malaysia, dalam sekolah atau uni, dalam rumah antara keluarga. INGAT! ALLAH MEMBENCI AKHLAK YANG BURUK. 

wasalam. 

0 comment[s] | back to top