Iman
![]() Assalamualaikum w.b.t Belakangan ni, ramai yang update dekat sosial media tentang iman. Bagi akulah, semua orang follower dengan following aku dekat twitter, semuanya cakap pasal iman. Untuk menghuraikan tajuk ni, perlukan kekuatan yang tinggi. Semoga penulisan aku sedikit sebanyak beri pengetahuan kepada korang. Aku mengaku, iman aku lemah. Sebab time solat, aku teringat benda lain, tak khusyuk. Tengah tengok tv, keluar part tak sepatutnya, terkadang aku teruskan tengok macam tak ada apa-apa. Kalau keluar, manjang je mata melilau tengok lelaki. Ada seorang sahabat cakap dekat twitter, ![]() Siapa je yang tak takut? Mati tengah buat maksiat. Macam mana tak nak buat maksiat? Buatlah baik. Macam mana nak buat baik? Jangan buat benda jahat. Macam mana nak jangan buat benda jahat? KUATKAN IMAN, SAUDARA. KUATKAN IMAN. KUATKAN IMAN. Iman tu apa? Iman tu, kepercayaan/keyakinan kau dekat sesuatu. Macam kau beriman dengan Allah, means kau percaya/yakin dengan Allah. Beriman dengan rasul means kau percaya/yakin dengan rasul Beriman dengan malaikat means kau percaya/yakin dengan malaikat. Semua orang ada iman. Tapi, percaya atau tak kalau aku cakap, iman majority masyarakat lemah, tak kuat, RAPUH! Kalau iman tu kuat, tak ada yang buat maksiat sebab yakin seksaan Allah. Kalau Iman tu kuat, semua orang seronok berlari pergi masjid sebab tahu besarnya pahala Allah nak bagi. Kalau Iman tu kuat, aurat tak ada yang ditayang dekat orang lain sebab percaya malaikat tak pernah berhenti pandang kau. Kalau Iman tu kuat, takut nak tinggalkan dan lambatkan solat. Kalau Iman tu kuat, tak berani kau nak bazirkan masa dengan gadjet semua. ALLAHU, AKU PUN SAMA. IMAN AKU LEMAH. Maka kuatkanlah Iman. Banyak tau, kebaikan yang korang akan dapat kalau Iman dikukuhkan, dipertingkatkan. Korang akan takut nak buat benda yang Nafsu suruh. Macam, Nafsu kata teruskanlah, tatap telefon tu, sampai tak sedar waktu solat nak habis. Andai hadirnya Iman, kau akan takut lambatkan solat. Nafsu kata berhiaslah cantik-cantik nanti orang pandang. Andai hadirnya Iman, maka kau malu untuk jadi tatapan orang yang tidak sepatutnya. Banyak perkara sebenarnya, kalau Iman kuat, Nafsu korang dipijak. Kalau post aku ni still tak membantu maka ingatlah semula, RUKUN IMAN. Apa syarat untuk dapatkan iman? Ingatlah RUKUN IMAN, aku yakin dapat tolong. Tapi kalau tak jalan juga, Allahu, aku doakan korang semoga di kurniakan cahaya iman, dipermudahkan urusan mencari hidayah. Amin ya rabbal alamin. In Sha Allah, iman bukan tentang ini sahaja. Akan aku sambung nanti. wasalam 0 comment[s] | back to top |