HOME ABOUT Artwork Department TWITTER

Aku hanya berkongsi
Assalamualaikum w.b.t
Sekarang ni, aku ada dalam bilik memikirkan apa yang patut aku buat pada 2.52 pagi- sama ada siapkan kerja sekolah, update entry dekat blog. Dan aku pilih update entry dekat blog.

Tahu, satu nikmat yang kau tak pernah sedar dan bersyukur hadir dalam hidup kau, akan kau kesali bila nikmat tu hilang. Sangat kesal, sebal dan semua tu tak berguna. Sebab, kalau ALLAH kasi kau peluang lagi, kau akan rasa nikmat tu balik dengan syarat kau akan hargainya dengan baik.

Faham? Berkias pula aku ya.

Tadi, dekat Instagram, aku scroll popular feeds tu. Banyak keluar gambar kawan-kawan sekolah. More specifically, my classmate waktu aku jahiliah yang bonding dia, sangat aku rindu. Satu perkara aku suka waktu jahiliah, aku dikurniakan nikmat berkawan tapi malangnya waktu tu aku tak hargai dan buat keputusan ikut kepala aku untuk tak endahkan mereka.

Waktu aku mula hijrah, waktu form 3 dulu, lagi ramai kawan-kawan/hamba ALLAH yang dihantar-Nya untuk aku sayangi. Tapi sekali lagi, aku buat kepala, ikutkan sangat kata hati, tak pikir sepuluh kali, kawan-kawan sekelas aku semua aku sisih. Alasan aku, aku tak layak bersama mereka dan aku menyusahkan mereka. Padahal, kawan-kawan yang aku ada tu, untuk bantu aku perbaiki diri.

Dan akibatnya, kini aku kurang rasa kasih sayang kawan-kawan, sahabat.

Aku hampir menangislah //tak menangis lagi eh, cuma sebak menguasai// sebab aku sebenarnya memang perlukan kawan. Setakat ni, Cik Kecut a.k.a Ichigo, Arinah, Trish. Diaorang yang betul aku sayang dan aku tak nak kehilangan dia orang.

Kalau classmates//The Q's nama membernya// buatkan aku sedih. Nak-nak yang mengajar aku tentang kehidupan bersosial yang biasa-biasa yang kini aku gunakan untuk berdakwah, In Shaa Allah. Aku bersyukur untuk tu. Dan yang ambil berat pasal aku sebab aku yang sebenar, bukan diri aku belakang tabir.

Dan yang lagi sedih, tahu apa? Gambar waktu pergi lawatan dulu dah hilang. Nak menangis. Kalau tak aku dah upload malangnya dah hilang. Saat ni, aku nak cakap terima kasih sangat, korang adalah nikmat yang Allah berikan untuk aku tapi aku abaikan.

MAY OUR BOND LAST UNTIL JANNAH! AMIN!

The Q's
Hidaya Lani, Raudhatul Jannah, Athilah Abu Kasim, Hanny Nur Sabrina, Nazatul Athirah, Arinah Hanna Ramli, Aiman Iffah, Farahin Fadzil, Fatin Nadzirah, Khadijah Shofi, Syuhadah Mahmod, Nik Nurul Syasya, Nur Fatin Fatihah, Mas Azlindah Ayu, Athirah Aisham, Syahirah Mohd Rafee, Wani Ware, Iffah Isa, Aisyah Jaini, Naurah Nadhirah, Awish Azmi, Fazira Azizi, Trish Ariff, Aliah Farisah

3 Aisyah
Atikah Zul, Nur Zafirah, Khadijah Shofi, Aisyah Bakri, Najwa Farhana Norman, Shuhadah Zahrain, Uzma Syahzanani, Iman Sofea, Syamilah Azhar, Athirah Osman, Nur Insyirah Zuli, Anis Abid, Nur Wahidah Roslan, Nur Athirah Ghafar, Nur Fatin Fatihah, Nur Sakinah Ismail, Nur Hayati Yusof, Nur Hafiza Majid, Nur Fatihah Pahdin, Nur Fariha Ismail, Adibah Hanis Azmi, Nur Farisah Aliah. Aliah Farisah, Trish Ariff.

KETAHUILAH, AKU JENIS YANG BEAR FRIENDS IN MIND. Uhibukunna fillah.

Wasalam

0 comment[s] | back to top