HOME ABOUT Artwork Department TWITTER

Aku burst!
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni ingat nak buat sesi talk je. Terlebih dahulu aku nak cakap Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin atas semua kesilapan aku sama sedar atau tak.

Ok, korang nak tahu tak. Aku ada masalah tulang belakang. Sebab banyak kali jatuh terduduk terhentak. Mula-mula kena waktu dekat asrama tahun lepas. Lepas tu di rumah dan bilik air dan banyak lagi. Kesannya, aku tak boleh buat kerja yang berat dan tempoh yang lama. Lama tu macam 15 minit dan ke atas. Aku akan terasa tegangnya dekat pinggang, bahagian atas pinggul.

Dah jumpa doktor, doktor suspect slipped disc. Disc tu tulang lembut yang mencantum tulang belakang korang bersama. Slipped disc pula, tulang lembut aku bahagian pinggang tu dah beralih sampai menekan urat yang ada dekat sepanjang tulang belakang. Itu yang sakit. Doktor tu bagi ubat tampal macam painkiller. Berkesan tapi mahal thoooo.

Dan, tahun ni. kenyataannya aku tak ada rekod jatuh lagi sebab memang aku jaga diri aku baik-baik semua tu. Tapi, takdir Allah, kunfayakun, aku terjatuh waktu main bola malam raya dengan adik sedara. Dia tak sakit pun sebenarnya, cuma aku terkejut aku jatuh. Sebab nanti, ibu aku marah, ayah marah masing-masing kata aku tak pandai jaga diri. /Memang tak pandai pun -.-"/

Kesannya, mula-mula tak ada apa-apa. Sebab aku memang belum mula angkat barang berat (beg sekolah). So tadi, waktu dalam kelas, woiii, terasa macam ada anak batu lesung tu, ada yang menekan tho dekat belakang aku. Sakitnya pun hanya Allah yang tahu. Tak terkata. Kalau kata pun macam tak sama dengan sakitnya.

Balik sekolah aku memang dah exhausted sangat, so lepas makan, aku terus tidur. Bangun dari tidur nak solat asar once again, sakit sayang oii. Tengah sembahyang tu, waktu rukuk, dekat bahagian pinggang tu tegang, terasa macam bengkak. Perlahan-lahan je rukuk begitu juga dengan sujud. Sakitnya sama.

Habis sembahyang, aku tak tahu nak cakap apa. Aku diam je. Tiba-tiba sakit tu menyucuk pinggang lagi tahu. Waktu tu aku nangis macam empangan pecah tak berhenti-henti. Tengah sidai telekung pun menangis tapi sedu sedan sebab nanti ayah tanya. Lepas tu terus baring, menangis puas-puasnya.

Tahu kenapa aku nangis? Memanglah sakit tapi endurable. Yang aku nangis kan sangat tu sebab setiap kali gerak sakit, tak selesa. Setiap kali gerak, tak selesa sakit. Memang dah menyerah tahap dewa. Aku berserah je apa nak jadi pun jadi je.

Lambat untuk aku sedar, untuk aku tetapkan bahawa sakit yang aku rasa ni sebenarnya penawar untuk dosa-dosa yang aku dah buat. Dosa-dosa lama yang seksaannya lebih perit di akhirat sana tapi aku dibalas cash dia dunia. Allahu, apa nak jadi dengan aku ni.....

Doakan aku. Barakallah. Semoga aku kurang sakit. Amiiiin :')

0 comment[s] | back to top